Solat Bersama Nabi SAW

RM8.00

Availability: In stock

SKU: 9789675274862 Categories: ,

Amalan yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat nanti adalah solat. Kedudukan solat dalam Islam amat utama dan tinggi kerana ia merupakan tiang agama. Solat yang sempurna itu dapat mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Rasulullah SAW mengumpamakan solat lima waktu itu seperti seseorang itu mandi lima kali sehari di sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumahnya. Dengan mandi sebanyak itu maka akan dapat membersihkan kekotoran yang ada dibadannya. Begitulah juga dengan solat lima waktu setiap hari, Allah akan menghapuskan dosa dengannya.

Rasulullah juga telah menekankan tentang kepentingan solat dalam pendidikan anak-anak. Diazankan sejurus selepas lahir, dilatih solat semenjak usia tujuh tahun dan diwajibkan untuk tidak meninggalkan solat selepas berusia sepuluh tahun.

Weight 0.15 kg
Dimensions 5 × 7 in