Sistem Administrasi & Pentadbiran Pada Zaman Rasulullah S.A.W.

RM25.00

Availability: In stock

SKU: 9789673681174 Categories: ,

SISTEM ADMINISTRASI & PENTADBIRAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W” merupakan sebuah buku dan rujukan ilmiah yang amat terbatas bilangannya dalam membincangkan dan menghuraikan aspek-aspek Sirah Nabawiyyah dari segi pengurusan. pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan hak asasi manusia. Huraian yang dikemukakan dalam buku ini meliputi dari awal sejarah sistem pentadbiran yang dilaksanakan sejak zaman jahilyyah hinggallah kepada langkah-langkah penambahbaikan dan pembaharuan berdasarkan ajaran Islam yang dirintis oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. yang kemudiannya diteruskan dan dikembangkan oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin dan sahabat-sahabat lainnya.

Buku ini merangkumi aspek-aspek dan sistem pentadbiran yang dijalankan dari sudut dakwah lslamiyyah. strategi dakwah yang dijalankan di Mekah dan Madinah seperti:

* Pengurusan Urusan Diplomasi Dalam Negeri Dan Luar Negeri.

* Pengurusan Kewangan, Ekonomi, Pertanian Dan Perindustrian.

* Ketenteraan Dan Pertahanan Negara.

* Kehakiman Dan Keadilan.

* Tatacara Menanggani Perlanggaran Hak Asasi Manusia.

Ini dapat memberikan dimensi baru terhadap pembacaan dan pentafsiran Sirah Nabawiyyah dan sejarah Islam menurut persepektif sistem pentadbiran moden. Kita dapat simpulkan bahawa Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan impak yang besar dan menjadi contoh terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan moden dengan menjadi asas pembinaan sistem yang wujud sekarang ini. Sekaligus is telah menafikan bahawa Islam adalah agama kemuncluran dan keganasan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di Barat dan di dunia ini. Hayatilah isi kandungan buku ini. pasti para pembaca dapat merasai kemanisan Islam sebagai agama rahmat bagi seluruh alam. bukan sekadar untuk umat atau bangsa tertentu sahaja.

 

Weight 0.44 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in