Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah ?

RM20.00

Penyusun : Umar Hasyim

Muka Surat: 320

Availability: In stock

SKU: 9789830996653 Categories: ,

Ahlussunnah wal jamaah itu ialah orang-orang atau golongan yang membela sunnah Rasulullah s.a.w dan jamaah kaum muslimin. Golongan ini telah wujud semenjak lahirnya Islam, hanya saja ketika itu is tidak diberi nama seperti ini. kerana ketika itu seluruh orang Islam adalah pengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Aliran Ahlissunnah yang dipelopori oleh Abu Hasan Ali al-Asy’ari – seorang ulamak besar yang berjaya menyesuaikan nagliyah al-quran dan hadis dengan akal dan logika falsafah – ini, bukan saja membahas perkaraperkara yang berkaitan dengan akidah, tetapi juga membahas masalah hadis, fiqh, tafsir dan lain-lain. Perlu diingat, bahawa di antara sunnah dengan bid’ah terdapat garis pemisah yang amat halus, yang tidak akan dapat dikenali melainkan oleh orang-orang yang mahu mengenali ahlussunnah itu secara benar.Ramai orang yang mengaku sebagai pengamal ahlussunah waljamaah, namun pada hakikatnya sebahagian daripada amalan yang dilakukannya tidak berdasarkan kepada sunah Rasulullah s.a.w., ada di antara mereka yang mengurangi dan ada pula yang melebihkannya. Orang yang seperti sebenarnya adalah ahli bid’ah. Termasuk kedalam golongan ini kaum Ahmadiyah Qadiani, yang mengaku sebagai pengamal sunnah, walaupun pada hakikatnya mereka sudah terkeluar dari Islam.Pengarang buku ini berusaha membahas dan menerangkan ciri-ciri penganut ahlussunnah wal jamaah secara jelas dan terperinci. yang amat bermanfaat bagi orang-orang yang hendak mencari kebenaran..

Weight 0.62 kg
Dimensions 6 × 8.5 in