Setengah Syukur Setengah Sabar

RM15.00

Pengarang: Abdillah F.Hasan

Diterjemah Oleh: Asiah Nur Daud

Disemak Oleh: Dr.Mohd Puzhi bin Usop

Muka Surat: 213

Availability: In stock

SKU: 9789675984037 Categories: ,

Allah s.w.t benar-benar Maha Adil. Jika hanya orang kaya yang mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan menuju syurga-Nya dan banyak bersedekah, tentulah akan merana mereka yang miskin. Ini kerana mereka tidak punya harta untuk bersedekah, sehingga tidak mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan menuju syurga-Nya.

Tetapi adalah tidak adil juga jika disebabkan kepapaan itu lalu orang miskin itu dipermudahkan begitu sahaja jalannya menuju syurga-Nya. Mereka tetap akan diuji oleh Allah dalam hal kesyukurannya. Maka sabar dan syukur adalah jambatan ujian yang akan memutuskan adakah si kaya atau si miskin patut masuk ke syurga-Nya atau tidak.Yang kaya dan yang miskin mempunyai peluang yang sama untuk terbang ke syurga-Nya dengan sayap kesabaran atau sayap kesyukuran.

Buku ini mempersembahkan hikmah-hikmah kearifan kehidupan Islam dengan untaian kisah-kisah yang unik, segar dan kreatif. Sebuah bacaan yang ringan dan mudah, menyelitkan hikmah-hikmah yang penuh inspirasi dan menyentuh jiwa.

Weight 0.17 kg
Dimensions 6 × 8 in