Senyum Manis Wali Songo

RM28.00

Pengarang : Wawan Susetya

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 461

Availability: In stock

SKU: 9789670268507 Categories: ,

Setakat ini tidak banyak rujukan atau bahan bacaan yang menyajikan data rapi dan terperinci berkisar syiar Islam di Tanah Jawa yang terhasil dari tangan-tangan hasul para wali songo. Apatah lagi yang dikemaskan dalam bentuk novel. Gabungan data terperinci dan gaya berceritanya dalam alur-alur kisah yang menarik menjadi tunjang utama buku ini.

Sungguhnya tenang dan menyejukkan sekiranya syiar (dakwah) Islam dikembangkan dalam pendekatan senyum-senyum manis ala para wali songo. Tanpa amarah, keeksklusifan, kesombongan dan apatah lagi kekerasan, yang mampu mencalarkan kesucian dan kemuliaan dakwah yang dibawanya.

Para pembaca dibawa masuk ke pintu novel ini bagi menyelami keindahan samudera iman, hati dan sikap memberi perhatian serta penuh kasih sayang para wali songo dalam menebarkan benih-benih keIslaman di Tanah Jawa. Mereka begitu mendalam dan menjadi darah daging dalam kehidupan budaya, sosial dan kepercayaan orang Jawa. Sehinggakan ajaran dakwah ditambah lagi dengan contoh-contoh seharian dan semasa begitu mudah lekat dalam ingatan para penduduk di sekitarnya.

Inilah novel epik yang sangat menarik tentang syiar Islam para wali songo yang amat murah senyum manis, santun, memikat dan menyelerakan di kesejukan batin dan fikiran setiap anak manusia.

Weight 0.25 kg
Dimensions 5.5 × 8 in