Adalah suatu tuntutan kepada kita memahami sejarah dan latar belakang perkara-perkara yang menjadi kewajipan khususnya dalam beragama . Maka, buku ini menyorot isu-isu perkahwinan tiga agama yang dianuti oleh penduduk dunia.
Adakah di antara Islam dan Kristian mahupun Yahudi ada persamaan atau ada jurang perbezaan yang perlu difahami oleh kita supaya tidak terkeliru atau dikelirukan. Pengetahuan mengenainya amat penting kerana setiap apa yang berlaku dewasa ini banyak dipengaruhi oleh sejarah yang lampau.
Sebab itu adalah usaha yang wajar kepada setiap individu muslim untuk terus mendalami serta memahami apa saja isu yang berkaitan melibatkan Islam, Kristian dan Yahudi. Ini juga sebagai langkah untuk kita melihat bahawa Islam itu sempurna dan sesuai untuk manjadi cara hidup kepada semua bangsa di atas muka bumi Allah SWT ini. Semoga buku ini memberi pengetahuan dan jawapan yang jelas khususnya mengenai ‘perkahwinan’ yang menjadi fitrah kepada semua bangsa di dunia.



