Ajaran Islam menuntut kita mengaji secara jelas dan tepat tentang isi kitab Al-Qur’anul Karim. Untuk itu diperlukan perhatian khusus, penumpuan dan huraian secara mendasar. Maka semua itu telah dimuatkan di dalam buku ini. Sejak dahulu lagi, ramai para ulama’ yang menghabiskan waktunya untuk menghafal dan mengkaji Al-Quran, kemudian ramai di kalangan mereka telah kembali menemui Allah SWT dengan meninggalkan perbendaharaan ilmu pengetahuan yang menakjubkan untuk kita. Ada terlintas di hati manusia beberapa pertanyaan: Mengapa Al-Quran mesti ditafsirkan? Apakah untuk menyingkap tabir persembunyian makna-maknanya. Atau apakah untuk menyingkap rahsia dan khazanahnya? Tetapi adalah lebih utama lagi membebaskan manusia dari penyembahan kepada hamba menuju penyembahan kepada Allah Azza Wajalla. Demikianlah juga penampilan buku ini bukan saja sebagai rujukan para mahasiswa dan pensyarah tetapi menemukan individu dan masyarakat dengan zat Pencipta Alam, Pengawas Semesta, Pemelihara Langit Tinggi serta Arasy yang Maha Agong.
Sejarah Dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran
RM20.00
Penyusun : Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni
Alihbahasa: M.Junaidi Al Hashim
Editor : Abdul Aziz Ismail
Muka Surat: 338
Availability: In stock


