Segera Beribadah Sebelum Terlambat

RM25.00

Pengarang : Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Disemak oleh: Dr. Mohd. Puzhi bin Usop

Muka Surat: 452

Availability: In stock

SKU: 9789675274336 Categories: ,

Setiap muslim perlu memahami keutamaan dalam melakukan sesuatu Ibadat, supaya dapat berlaku adil kepada ibadat itu dan dilakukan pada tempat yang dikehendaki oleh Syarak. lbadah mempunyai skop yang luas di dalam Islam. Ia merangkumi setiap aktiviti yang dicintai dan diredai Allah, samada berbentuk perkataan dan amalan yang batin dan juga zahir.

Buku ini membincangkan isu segera melaksanakan ibadah dalam bentuk yang lebih lengkapdan teratur. Ia memberi kemudahan kepada Umat Islam menghayati konsep segera melakukan ibadah, sebagaimana yang menjadi tuntutan Al-Quran dan juga al-hadis, secara lebih menyeluruh dan syumul. Ia menjawab persoalanpersoalan yang dikemukakan di atas dan sesuai menjadi rujukan para pecinta ilmu, remaja, ibu bapa, guru-guru, pensyarah, ustazustaz dan juga para pemimpin.

Antara kekuatan buku ini ialah setiap huraian disertakan dengan dalil daripada Al-Quran, al-Sunnah dan juga contohcontoh melakukan amalan ibadah daripada Rasulullah s.a.w., para sahabat dan umat Islam, bagi menarik para pembaca untuk segera melakukan ibadah dan memuhasabah diri sendiri.

Weight 0.39 kg
Dimensions 7 × 9 in