Saya Mujahid Bukan Pengganas

RM20.00

Penulis : Muhammad B.Anggoro

Alih Bahasa: Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 352

Availability: In stock

SKU: 9789670268033 Categories: ,

“Aku sebenarnya bangga pada ayah. Ayah orangnya teguh. Berani mati demi membela agama Allah. Tapi, aku ingin ayah meninggal sebagai seorang syuhada. Bukan sebagai seorang pengganas…”

Di depan ratusan jasad para syuhada itu, Ghofar dan para mujahid lainnya tertegun. Mereka semua dikejutkan oleh semerbak wangi kasturi nan harum mewangi yang menyelubungi tempat itu.

Selang tidak berapa lama, kejutan itu semakin memuncak. Di antara harum yang semerbak itu, kedengaran suara-suara khusyuk sedang membacakan kalimah tahlil.

Suara tahlil itu terus bergema memenuhi ruangan itu. Beberapa mujahid mencari dari mana datangnya suara itu, namun mereka tidak mampu menemuinya selain daripada jasad-jasad yang kaku itu. Di hujung keajaiban yang menyayat jiwa itu, mereka semua terpaku, dengan bibir gementar turut membacakan pujian atas keagungan dan kebesaran Allah SWT… Subhanallahil ‘Azim… Subhanallahil ‘Azim…

Novel yang begitu hebat konflik dan emosi ini akan membuatkan anda mengerti bahawa mujahid bukanlah pengganas. Kerana jihad adalah perjuangan hidup untuk memuji Kemaha Besaran Allah SWT. Jihad Fi Sabilillah adalah ekspresi hidup yang amat menyentuh perasaan bagi setiap kita…

Weight 0.37 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in