Santapan Kalbu Bermu’amalah Dengan Kekasih (Allah) Jil 1 H/C

RM70.00

Pengarang : Syeikh Abu Talib Al-Makki Muhammad bin Ali bin Athiyyah

Pentahqiq : Dr. Mahmud Ibrahim Muhammad Al-Ridwani

Penterjemah : Abdul Rachman Saleh Siregar, M.A.

Muka Surat: 636

 

Availability: In stock

SKU: 9789673681846 Categories: ,

Syeikh Abu Talib Al-Makki atau nama penuhnya Abu Talib, Muhammad bin Ali bin Atiya Al-Makki al-Harithi Al-‘Ajami. Nama beliau kurang diperkenalkan dan riwayat hidupnya juga tidak banyak dituliskan. Walau bagaimanapun beliau adalah seorang yang memiliki ilmu yang luas khususnya dalam bidang tasawwuf dan buku karyanya dianggap sebagai salah satu rujukan penting dalam bidang itu.

Kitab ‘AI-Qut’ ini merupakan kitab tasawwuf dan sebuah tulisan yang padat dengan petua dan nasihat kehidupan. Bicara ilmunya dimulakan tentang hati dan keikhlasan niat. Seterusnya perbahasan dibuka dengan lebih jauh dan mendalam, membicarakan tentang maqam atau kedudukan mereka yang soleh serta keadaan atau berkenaan orang yang bertakwa, ikhlas dan para ahli ibadah. Intipati bicara tentang hati ialah dengan membuang jauh rasa dengki dan iri hati dari hati yang lemah dan tidak dapat menerima kritikan. Hati yang, lemah juga boleh menyebab keburukan malah mampu menjatuhkan seseorang, ke jurang kehinaan. Lebili kronik lagi, sekiranya hati sebegini mampu mengubah perbahasan atau perbincangan menjadi kebohongan dan sikap melampau.

`Al-Qut’adalah sebuah khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Ini kerana ia adalah salah situ sumber rujukan mempunyai nilai ilmu yang tinggi bagi, seorang muslim. Penjelasan dan pencerahan dihujah serta diulaskan adalah berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah telah memantapkan lagi huraian ilmunya. Semoga mutiara-mutiara ilmu yang tercatat di dalam kitab akan menghiasi kehidupan ibadah dan ketaatan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Semoga kita dikurniakan ketenangan dan setiap amal kebaikan yang kita takukan., akan sentiasa diberkati dan diredai Allah S.W.T.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah al-Fajr : 27 – 30)

Weight 1.21 kg
Dimensions 8 × 10 in