Roh Ramadan & Aidilfitri

RM5.00

Pengarang : Musyarawahah

Penyunting/Editor : Dr.Mohd.Puzhi bin Usop, Hamzah bin Raden Anwar

Muka Surat: 88

Availability: In stock

SKU: 9789839188103 Categories: ,

Sesungguhnya, puasa adalah ibadah seorang hamba khusus untuk Tuhannya sehingga menjadi rahsia diantara hamba dengan Khalid-Nya. Makluk lain tidak mengetahuinya melainkan Allah Taala semata-mata. Niat yang tersembunyi hanya Allah saja yang mengetahuinya.

Sebab itu mendekatkan diri pada Allah dengan ibadah puasa adalah suatu hal yang amat sukar pada umat Islam kerana keinginan-keinginan nafsu sentiasa mengahalangnya. Sebab besar ganjarannya di sisi Allah, melebihi dari had ganjaran kebajikan yang lain.

Dengan kesabaran menempuh kesusahan ibadah puasa, membuktikan betapa cinta dan kasihnya seseorang itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Hanya orang yang sabar sahaja yang dapat menahan telinga, mata, mulut dan anggota lahirlah dari melakukan kejahatan, makan dan minum, mendekati isteri di siang hari, serta sabar dari melakukan kejahatan batin seperti hasad, dengki, ria ujub dan sebagainya.

Sebab itu, puasa ada hubungan yang rapat dengan sifat sabar. Orang yang berpuasa mesti bersifat sabar. Orang yang berpuasa dengan akan mendapat pahala puasa tanpa hisab. Allahlah yang layak memberikan pahala sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Weight 0.15 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in