Riba merupakan bahaya paling besar bagi kehidupan manusia kerana dapat merosak akhlak dan rohani. Dengan melakukan riba, manusia hanya memikirkan keuntungan diri sendiri dan menghalalkan segala macam cara asalkan hasrat dan tujuan tercapai. Riba hanya menyuburkan sifat tamak, egoism dan mementing diri sendiri tanpa menghiraukan penderitaan orang lain. Akirnya sifat tercela ini akan meruntuhkan sendi kehidupan masyarakat dan menyuburkan permusuhan antara sesama manusia.
Bagi kaum Yahudi yang telah menguasai bidang ekonomi berganggapan bahawa riba haram dilakukan hanya terhadap sesama umat Yahudi, sedangkan selain bangsa Yahudi adalah halal untuk dilaksanakan. Berdasarkan konsep inilah mereka mewarnai dunia ini dengan transaksi riba yang jahat, kemudian mereka meracuni umat Islam seluruhnya dengan sistem riba yang menyesatkan. Sesungguhnya riba bukan membawa kepada keuntungan tetapi hanya membawa kepada bencana.
Semoga buku ini dapat menyumbang pemikiran tentang bahaya riba dalam kehidupan manusia, sekaligus membimbing kita kearah kehiduapan yang lebih bersih dan diredhaiNya.



