Resepi Keberkatan Rezeki

RM15.00

Pengarang: Ustaz Johari Yaman

Editor: Ustaz Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat: 243

Availability: In stock

SKU: 9789670267227 Categories: ,

Resipi Keberkatan Rezeki adalah sebuah buku motivasi ke arah mengembalikan semula rezeki yang hilang atau lenyap kerana kesilapan diri sendiri, Mengaktifkan semula pengaliran rezeki, bahkan menambah baikkan rezeki yang akan mendatang. Skop penekanan dan fokus serta penumpuan paparan lebih menjuruskan kepada niat baik, kejujuran, keikhlasan, menjauhi yang haram dan hanya yang halal yang dicari dalam bekerja, sama ada bekerja secara sendiri, syarikat swasta atau kerajaan. Rezeki ada di mana-mana, cuma usaha dan ikhtiar manusia yang menentukan di manakah rezeki itu akan diperolehi dan kadarnya ditentukan oleh Allah S.W.T. Ada yang bekerja lebih tetapi mendapat habuan yang sedikit, ada pula yang bekerja hanya sedikit tetapi mendapat habuan yang sangat banyak. Sedikit tetapi halal adalah lebih baik daripada banyak tetapi haram. Punca segala kerosakan peribadi adalah bermula daripada rezeki yang dimakan. Manusia yang memakan makanan yang haram walaupun sedikit akan sukar dibentuk dan akhlak serta moralnya akan runtuh. Ibu bapa, majikan dan pihak yang lebih tinggi adalah bertanggungjawab dalam menyara ahli keluarga, para pekerja, para penjawat dengan rezeki yang halal demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Hidup berkat dengan rezeki halal dan yang hilang akan kembali.

Weight 0.15 kg
Dimensions 6 × 8.75 in