Rahsia Taubat & Istighfar

RM12.00

Karangan : Doktor Soleh bin Ghonim As-Sadlani

Terjemahan : Muhammad bin Haji Abdul Latif

Muka Surat : 182

Availability: In stock

SKU: 9789830991757 Categories: ,

Sesungguhnya apabila seorang muslim itu tergelincir ia jauh dari Tuhannya, dia akan berusaha mengembalikan dirinya ke jalan yang benar dan membersihkan dirinya segala dosa yang dilakukannya. Maka sesungguhnya penyucian yang mengembalikan kebersihan dirinya dan mencahayakan kembali hatinya ialah dengan meletakkan dirinya di bawah tirai keampunan dan keredhaan Tuhan dengan bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya cahaya yang menerangi seorang muslim itu akan memelihara dirinya dari tertipu iaitu cahaya hidayah Allah S.W.T. yang melindungi dirinya dari segala perasaan putus asa. Sesungguhnya hidayahNya adalah sumber segala kebahagian di dunia ini dan juga di alam akhirat.

Hidayah adalah satu nama yang terangkum dalam syariat agama Islam dan hakikat-hakikat iman. Manakala maksiat itu darjatnya setaraf dengan racun yang membunuh. Perlakuan dosa adalah satu perbuatan yang membawa seorang muslim ke jalan kehinaan dan kejatuhan serta mengakibatkan si pelakunyaya menerima hukuman di duniaya dan akhirat.

Manusia telah dicipta oleh Allah terangkum dari sifat cenderung menyeleweng dari kebenaran yang sentiasa dibisikkan nafsu dan mencampakkan manusia ke lembah kemaksiatan.

Amalan taubat dalam Islam bukanlah satu bentuk amalan yang sukar dikerjakan. Seseorang itu tidak akan berhasil sampai ke matlamatnya melainkan setelah berpenat lelah dan mengharungi berbagai kesulitan. Maka ketahuilah bahawa dengan bertaubat. dosa seseorang, manusia itu akan diampunkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Weight 0.36 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in