Sudah sempurnakah solatku? Itulah yang sering kita fikir setiap kali kita muhasabah semula setiap amalan yang diamatkan setiap hari. Sekiranya bersolat itu wajib maka menuntut ilmu dan belajar cara menunaikan solat dengan betul dan sempurna juga adalah wajib. lni kerana sekiranya solat kita tidak sempurna maka amalan solat kita mungkin cacat dan kurang sempurna.
Buku ini menghadirkan kepada anda rahsia bagaimana untuk menunaikan solat yang sempurna. Semoga dengan adanya buku yang indahnya akan memotivasikan kita untuk menunai dan mendapatkan solat yang sempurna. Dan dengan solat yang sempurna kehidupan dan cara hidup kita akan lebih diberkati dan diredai Allah