Rahsia Makhluk Halus

RM20.00

Penyusun : Abdul Aziz Ismail

Muka Surat: 370

Availability: In stock

SKU: 9789830991559 Categories: ,

Kisah-kisah yang dipaparkan melalui media masa dari hal makhluk halus telah digarapkan dengan pelbagai gambaran yang ngeri dan menakutkan. Dari cerita dan kisah yang diketahui melalui pengalaman orang-orang tua dahulu telah didedahkan melalui media cetak mahupun elektronik. Kadang-kadang digambarkan rupa dan bentuk makhluk halus itu sebagai satu mitos dan lagenda. Apapun yang ditanggapi oleh setengah-setengah masyarakat mengenainya hanya berdasarkan pengalaman mungkin timbul lagi cerita-cerita “karut” yang saja direka tanpa merujuk sumber yang sebenar.

Buku ini menjelaskan kedudukan yang sebenar tentang alam kehidupan makhluk halus samada hubungan dengan agama dan kemanusiaan. Sumber-sumber penjelasan digali dari keterangan Al-Quran dan Al-Hadis dan kitab-kitab muktabar. Semoga masalah golongan ini tidak lagi menimbulkan kemusykilan dan keraguan yang berpanjangan dalam kehidupan manusia. Jika diganggu atau diancam dari golongan ini, buku ini turut memberi panduan bagaimana cara merawat dan menghindarnya. Selamat membaca!

Weight 0.65 kg
Dimensions 6 × 8 in