Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Penerapan Hukum

RM14.00

Pengarang : Abdullah Muahammad Bin Farj Al-Maliki A-Qurthubi

Penterjemah : Haji Arrayid Haji Tuskan

Disemak Oleh : Y.Bhg. Datuk Abu Hasan Abu Hassan Din Al-Hafiz

Muka Surat : 241

Availability: In stock

SKU: 9789830995502 Categories: ,

Penerapan hukum Islam dalam suatu masyarakat tidak semudah sepertimana apa yang termaktub dalam kitab jenayah dan kitab qanun-qanun lainnya. Kesukaran ini barangkali kerana tidak cukup syarat atau mungkin tidak dikuatkuasakan oleh pihak penegak hukum.

Buku ini telah memaparkan tentang ketetapan-ketetapan hukum yang merangkumi semua aspek di dalam kehidupan manusia seperti mana yang pernah diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. atau yang Beliau perintahkan untuk menetapkannya. Sebab bagi penegak hukum di dalam masyarakat tidak dibenarkan untuk menetapkan keputusan kecuali is mesti berdasar pada perintah Allah melalui kitabNya.

Demikian juga di antara rahsia kejayaan Rasulullah dalam menerapkannya telah dijelaskan secara terperinci berdasarkan riwayat yang sohih, sehingga kebijakan serta kearifan yang dilakukan oleh Baginda dapat diteladani bagi hakim sebelum menerapkan atau menjatuhkan hukuman.

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’i telah bersepakat mengenai syarat bagi seorang hakim, iaitu hendaknya mengerti benar tentang hadith, fekah yang disertai dengan kemampuan ilmu pengetahuan dan kewarakan. Untuk mengetahui lebih lanjut strategi serta rahsia Rasulullah dalam penerapan hukum, sila baca huraian dalam buku ini.

Weight 0.555 kg
Dimensions 6 × 9 in