Rahsia Keutamaan Kalimah Suci Mentauhid Allah

RM8.00

Pengarang : Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat : 104

Availability: In stock

SKU: 9789830994031 Categories: ,

Kita manusia ialah hamba Allah. Tiadalah siapa yang mengenal dan tahu mengenai diri kita sebelum kita dilahirkan; sebab dahulunya diri kita belum ada, belum berwujud.

Hanya dengan kemurahan Allah SWT, Dia menciptakan seluruh alam. Dia menghendaki, mengada dan mewujudkan kita, manusia sebagai hambaNya. Dialah Tuhan yang membuat sesuatu perancangan sebelum lagi adanya sesuatu. Kita ada dan hidup ini adalah berpunca daripadaNya; kehidupan kita telah diatur olehNya dan kelak kita akan dikembalikan kepadaNya.

Justeru adalah patut dan wajar sekali kita perlu selalu mengingati atau menzikiri Dia; sedang seutama-utama Zikir ialah mengucapkan Kalimah Tauhid.

Kerana itu di dalam buku ini dipaparkan beberapa tajuk keutamaan zikir dan Tahlil untuk dipilih dan dilaksanakan dalam pergiliran malam dan siang; semoga ia dapat membantu memperolehi keredhaan Allah SW; memiliki pahala yang begitu besar dan dapat mempertahankan diri dari godaan syaitan.

Weight 0.35 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in