Pelbagai Rahsia Mendapat Jodoh Idaman
* Bertakwa Kepada Allah S.W.T.
* Perbanyakkan Ibadah Sunat
* Berdoalah, Usah Berputus Asa
* Cintai Rasulullah S.A.W.
* Perluaskan Pergaulan
* Dapat Bantuan Orang Lain
* Perbaiki Diri
* Kriteria Yand Tidak Berlebihan
* Luahan Hasrat Secara Langsung
Hingga saat ini, apakah anda masih resah dan gelisah lantaran masih belum menemui jodoh sedangkan usia semakin meningkat? Sedangkan pelbagai cara dan usaha sudah dilakukan, namun masih belum menemukan hasilnya.
Jika ya, buka dan bacalah buku ini. Singkirkan segala kegelisahan dan kekhuatiran itu. Di sini berikan pelbagai rahsia agar mempermudahkan jodoh oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah S.W.T. Berdoa dan bermohonlah kepada Allah agar dipertemukan anda dengan idaman hati yang menyejukkan hati dan menjadi teman dalam meraih reda Allah S.W.T.