Pusaka Tuk Kenali

RM6.00

Penyusun: Abdullah Al-Qari b.Hj.Sallah (A.Q.HA.S.)

Muka Surat: 65

Availability: In stock

SKU: 9789830992037 Categories: ,

Pusaka bagi seorang ‘ulamaa’ tidaklah sama dengan pusaka bagi seorang jutawan. Rasulullah SAW tidaklah meninggalkan pusaka berupa harta benda yang boleh dibahagi-bahagikan. Justeru itu pusaka Tuk Kenali juga lebih bentuk keruhanian: makallah (rencana), cerpen, ilmu dan hikmat, syair, nasihat atau kata-kata sakti; juga amalan-amalan yang berbentuk tilaawah, selawat, zikir dan doa (tiada tariqat). Semuanya itu merupakan pusaka yang berharga untuk kepentingan ummah terutama kalangan pelajar atau siswa-siswi Islam yang boleh dijadikan panduan dan pertimbangan dalam gerak kerja dan kehidupan insan, hidup majunya ummah di tanah tercinta. Jika reformis Asy-Syaikh Muhammad ‘Abduh menekankan umat Islam agar mendalami Kitab Suci Al-Quran dan Al-Hadith yang menjadi sumber keagamaan demi membangunkan ummah, maka dengan nada yang sama Tuk Kenali pulang ke tanah air menekankan pembelajaran Bahasa Arab, bahasa Al-Quran.

Weight 0.12 kg
Dimensions 6 × 8 in