Pintu Taubat Masih Terbuka Luas

RM8.00

Penyusun: Abdullah Al-Qari b.Hj.Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat: 96

Availability: In stock

SKU: 9789675984334 Categories: ,

Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Setiap orang juga akan sering gagal menangani godaan dan hasutan syaitan yang membawa kita ke lembah kehinaan. Ada juga yang terpesong ke lorong kegelapan yang penuh cubaan. Namun ini semua bukan penghujung kehidupan atau penamat harapan.

Pintu-pintu sentiasa terbuka luas menanti kunjungan. Tanpa jemu menunggu dan menunggu. Sehingga suatu masa kelak, apabila matahari terbit dari barat. Pintu ini akan tertutup rapat selamanya. Di sini penyesalan sudah tiada nilainya lagi. Untuk jiwa-jiwa yang gelisah kerana noda-noda lampau yang membayangi kehidupan. Jangan berputus asa dan jangan berduka. Pintu Taubat Masih Terbuka Luas.

Weight 0.34 kg
Dimensions 5 × 7.25 in