Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Betapa penting kedudukan solat di dalam Islam, sehinggakan ia dijadikan sebagai pemisah sama ada seseorang itu muslim atau kafir. Malah dalam teks-teks keagamaan turut dinyatakan bahawa jika solat seseorang itu kelak baik, maka baik pulalah seluruh amalnya. Sebaliknya, jika solat kelak buruk, maka buruk pulalah seluruh amalnya. Wajarlah jika syariat solat diterima secara daripada Allah pada malam Israk dan Mikraj yang agung itu.
Mungkin kita sebagai umat Islam kini telah melaksanakan solat fardu lima dalam sehari semalam, seperti mana yang telah diperintahkan oleh ajaran agama Islam. Namun adakah di antara kita menyedari sejauh mana keberkesanan solat itu terhadap jiwa kita? Sudahkah sempurnakan solat yang selama kita laksanakan? Sejauh manakah solat yang telah laksanakan itu membuahkan khusyuk hingga dalam kehidupan kita seharian?
Solat sepatutnya sebagai aktiviti yang menyenangkan bagi setiap Muslim. Ini memandangkan ia memiliki manfaat yang begitu besar dalah kehidupan kita. Agar solat mampu memberi keberkesanan dalam kehidupan kita, buku ini cuba mendedahkan kepada kita bagaimanakah cara melaksanakan solat lima waktu dengan khusyuk dan dengan itu solat mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan lebih bermakna. Semoga hidup anda lebih bermakna dengan solat.