Sihat bukan sahaja terpancar dari fizikalnya sahaja tetapi amat penting juga kesihatan emosi serta rohaninya. Emosi dan rohani ini memberi peranan yang amat besar terhadap kesihatan fizikal. Ramai pengkaji-pengkaji psikologi percaya terapi emosi ini mampu dalam menyembuhkan kesakitan dan penyakit.
Buku ini memberikan kita informasi tentang perasan emosi dan penyakit yang boleh kita jadikan sebagai panduan bila menghadapi situasi tersebut. Selain itu ia merupakan ilmu untuk kita yang mungkin kita boleh gunakan untuk menolong atau membantu mereka yang mungkin mengalaminya. Buku amat sesuai untuk semua pembaca yang mudah dibaca dan difahami. Semoga dengan pengetahuan yang peroleh dari buku ini kita dapat gunakan untuk menjaga dan memastikan tahap kesedaran kesihatan kita tinggi begitu juga mereka yang berada di sekeliling kita.