Berdasarkan sunnah (perjalanan) Nabi Muhammad sallaahu’alaili wassallam, sejak awal lagi kita dapati Ayat-ayat Suci Al-Quran telah dipergunakan Nabi SAW dan para sahabat r.a. untuk penyembuhan berbagai penyakit ruhani dan jasmani.
Berdasarkan ayat suci yang bermaksud: “Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi penyembuh (ubat) dan rahmat (kebaikan) bagi orang-orang yang beriman (yang mempercayainya)”. (al-Israa’: 82)
Seseorang mukmin hendaklah meyakini bahawa Al-Quran adalah benar-benar dapat memberi pertolongan dengan izin Allah bagi penyembuhan semua penyakit secara keseluruhan dan penyakit-penyakit tertentu; di mana dengan keyakinan ini dan dengan harapan Allah Ta’aala akan menyembuhkannya, maka dilihat dengan segera (mujarab).





