Pemikiran Dan Tamadun Islam

RM16.00

Pengarang: Fadzlullah Hj.Shuib

Editor: Mohd Puzhi Usop

Muka Surat: 224

Availability: In stock

SKU: 9789830998008 Categories: ,

Tamadun adalah hasil kreativiti umat manusia dalam segala aspek kehidupan dan ini merupakan salah satu manifestasi daripada tugas mereka di muka bumi ini sebagai khalifah Allah. Membina tamadun merupakan salah satu wujud di mana umat manusia diwajibkan untuk membina sekaligus memakmurkan alam jagat raya ini. Demikianlah konsep tamadun Islam sepanjang sejarah pemikiran Islam. Ini berbeza dengan konsep Barat dalam melihat tamadun yang justeru cenderung mempertembungkan antara saw tamadun dengan tamadun lain seperti mana yang telah dicetuskan oleh Samuel Hantington.

Pemikiran yang bertolak daripada idea cemerlang dan kemudian diwujudkan untuk membina satu tamadun yang gemilang merupakan cita-cita Islam sejak dahulu lagi. Islam menyokong perdamaian dalam segala aspeknya termasuklah damai dan bertolak ansur terhadap tamadun yang lain. Buku ini dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan tidak berjela-jela memperkenalkan sejarah pemikiran dan sejarah tamadun Islam, di samping sumbangan Islam terhadap dunia Melayu. Antara tema bahasan yang menarik dalam buku ini adalah:

1. Sejarah tamadun Islam Melayu dan peranan Islam dalam membina tamadun Malaysia.

2. Islam hadhari sebagai salah satu elemen penting untuk membina tamadun Islam Melayu di Malaysia.

3. Sumbangan Islam terhadap peradaban dunia dan isu-isu dunia Islam masa kini.

Weight 0.42 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in