Panduan Solat Khusus Ketika Darurat dan Menghadapi Kesusahan

RM12.00

Penulis: D.A. Pakih Sati

Alih Bahasa: Nur Thairah Syamsuddin

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 153

Availability: In stock

SKU: 9789670465944 Categories: ,

Dalam apa jua situasi kita berada, ibadah solat fardu tetap dan wajib didirikan. Bagaimana cara mendirikannya apabila berhadapan dengan situasi yang menghalang kita melakukannya dalam keadaan sempurna? Contohnya ketika musafir, sakit atau semasa berlakunya bencana yang menghalang kita melakukan ibadah seperti kebiasaannya. Islam itu mudah dan memudahkan. Terdapat cara dan kaedah diberikan dalam beribadah khususnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini.

Begitu juga apabila kita menghadapi masalah tertentu, ada solat-solat sunat khusus yang boleh kita dirikan untuk memohon belas kasih dan pertolongan daripada Allah SWT. Sekiranya kita benar-benar ikhlas dan bersungguh dalam ibadah yang kita laksanakan insyaAllah, Allah akan membuka jalan penyelesaian dan solusinya. Bukan itu sahaja, ganjaran pahala untuk ibadah yang telah kita lakukan akan diberikan.

Secara mudahnya, buku ini memberikan kita panduan untuk meneliti dan memahami tentang ibadah yang disebutkan itu. Semoga dengan kehadiran buku ini, boleh kita jadikan sebagai pedoman dan panduan dalam melaksanakan ibadah dengan penuh keyakinan dan diniatkan semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT.

Weight 0.2 kg
Dimensions 6 × 8 in