Proses mencari jodoh atau pasangan hidup bukanlah seperti binatang peliharaan atau barang keperluan sebagaimana anggapan sesetengah orang. Proses ini merangkumi pelbagai peringkat dan penuh adab. Islam sebagai sebuah agama yang syumul telah memberikan contoh dan teladan bagaimanakah caranya dalam mendirikan sebuah institusi keluarga ini. Dalam Islam prosesnya lengkap bermula daripada cara mencari atau memilih jodoh. Apakah kriteria-kriteria yang perlu diambil perhatian ketika seseorang mencari jodoh? Kemudian bagaimanakh cara untuk melamar dan seterusnya melangsungkan penikahan atau perkahwinan. Tuntutan ini bukan hanya berlaku kepada sebelah pihak sahaja, malah is meliputi pihak lelaki dan wanita serta keluarga mereka. Dengan alasan itulah buku ini dihasilkan, untuk menjadi rujukan dan panduan kepada semua dalam memahami dan mengamalkan proses melamar dan berkahwin mengikut ajaran Islam. Semoga majlis perkahwinan itu kelak diberkati dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Amin
Panduan Melamar dan Berkahwin Mengikut Islam Bagi Lelaki dan Wanita
RM11.00
Penulis : M. Sanusi
Alih Bahasa : Nabilah Abd Jalil
Di Semak Oleh : Panel Editor Hidayah
Muka Surat: 153
Availability: In stock