Panduan Mandi Hadas Berwarna

RM8.90

Penulis : Noraine Abu

Muka Surat: 101

Availability: In stock

SKU: 9789674393687 Categories: ,

Islam amat menitik beratkan soal kebersihan kerana kebersihan itu asas keesahan ibadat dalam Islam. Oleh sebab itu, Islam menganjurkan agar umat Islam sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan rapi. Bersih pada tempat beribadah, pakaian dan tubuh badan daripada perkara yang boleh membatalkan ibadah itu. Islam mengajak umatnya berada dalam suasana suci bersih zahir dan batin.

Bagi individu Islam yang sudah berumahtangga dan melakukan hubungan jenis atau bersetubuh mestilah membersihkan dirinya selepas mengadakan hubungan, iaitu dengan mandi hadas atau mandi wajib. Ianya dianggap berhadas atau masih dalam keadaan kotor kecuali setelah mengangkat hadas atau lebih dimaklumi dengan mandi wajib.

Weight 0.12 kg
Dimensions 4 × 6 in