Pelbagai produk kecantikan masa kini sudah pun berlambak di pasaran. Masyarakat kita pun berlumba-lumba untuk mencari dan memiliki dari sekian banyak produk kecantikan tersebut. Harga mahal tidak menjadi penghalang bagi mereka asalkan kecantikan yang mereka harapkan boleh tercapai. Inilah antara sifat manusia di mana mereka kerap terburu-buru mengajar suatu mengajar suatu harapan yang bersifat zahiriah tanpa memikirkan terlebih dahulu bahawa produk kecantikan yang mereka guna kadangkala boleh membawa padah terhadap diri mereka sendiri.
Namun, pernahkah kita terfikir bahawa semahal mana pun produk kecantikan yang telah kita beli akan menjadi jaminan yang kita turut berpesonaliti cantik? Kita mesti jujur yang kita rela membelanjakan wang berjuta-juta ringgit demi memperoleh satu patah perkataan “cantik”, namun sudahkah kita berusaha keras untuk melatih mentaliti kita supaya menjadi insan yang lebih bermaruah?
Buku yang ada di tangan pembaca ini cuba mengingatkan kita betapa penting menjaga keseimbangan hidup; cantik zahir dan batin. Sungguhpun kecantikan batin tidak memerlukan sebarang kos hingga berjuta-juta ringgit, namun manusia jarang yang mengambil berat mengenainya. Kecantikan zahir sememangnya penting, namun tidaklah sampai mengabaikan kecantikan batin. Percayalah bahawa keseimbangan hidup terletak pada kecantikan zahir dan batin. Inilah rahsia antara kunc kejayaan dalam menempuh hidup.




