Panduan Bercinta & Memendam Rindu

RM32.00

Penulis : Ibnu QayyimAl-Jauziah

Penterjemah: Hj.Abu Mazaya Al-Hafiz

Disemak Oleh: Ustazah Nor Syahida Ahmad

Muka Surat: 440

Out of stock

SKU: 9789673681310 Categories: ,

“Apa itu cinta? Cinta itu bila hati akan mula berbunga. Persekitaran yang tandus segera subur menghijau, bunga-bunga menguntum indah menyebarkan wangian segar. Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cergas. Tangisan sayu menjadi senyuman manis dan indah…”

Sebenarnya cinta atau Mahabbah kepada Allah merupakan tujuan utama kehidupan mereka yang menelusuri jalan menuju Allah. Tidak ada satu pun dari tujuan yang lebih tinggi dari cinta kecuali semuanya hasil dari cinta itu sendiri, seperti rindu kepada Allah dan merasa tenang bersama-Nya. Pengorbanan dan bukti kesungguhan dalam cinta kudus ini adalah taubat, sabar dan zuhud.

Melalui cinta yang agung terhadap Allah, maka seseorang akan melakukan ibadah sesuai dengan perintah dan menjauhi semua larangan-Nya. Hakikat ibadah adalah kesempurnaan rasa tunduk dan merendah diri di hadapan yang Khalik, Maha Berkuasa dan Pencipta. Cinta kepada-Nya adalah cinta yang berdiri sendiri dan menjadi sumber utama dari keseluruhan cinta kepada selain-Nya.

Semoga buku ini menerbitkan bibit-bibit cinta dan rindu itu penuh bermakna. Rasa lebih mencintai dan dicintai. Lebih-lebih lagi mencintai dan dicintai oleh Yang Maha Pencipta dan Pemilik Cinta Abadi iaitu Allah Azza wa Jalla, InsyaAllah.

Weight 0.76 kg
Dimensions 7 × 10 in