Nabi Yusuf Dalam Al-Quran H/C

RM33.00

Pengarang : Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni

Terjemahan : Murtadho Ridwan

Disemak Oleh : Ustaz Shahrin Jasah

Muka Surat: 312

Availability: In stock

SKU: 9789830997957 Categories: ,

Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT, Tuhan semesta alam yang telah menurunkan Al-Quran sebagai pandangan hidup bagi semua manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang percaya, serta yang mengandungi berbagai kisah kaum terdahulu hingga kita dapat mengambil teladan dan pengajaran daripadanya.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dia telah mengutus seorang Rasul dari golongan kita dan untuk kita semua. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba dan utusan Allah Allah. Beliau diutus oleh-Nya sebagai saksi, pemberi berita gembira, pemberi nasihat dan penyeru kepada-Nya serta sebagai pelita yang menyinari.

Amma ba’du

Buku ini bertajuk “Nabi Yusuf: Seorang Tahanan Paling Agung Dalam Sejarah”, ia merupakan di antara karya ulama terkemuka yang bernama A’idh al-Qarni. Buku ini mengandungi kisah Nabi Yusuf yang mendapatkan sebutan sebagai “kisah terbaik dalam Al-Quran”. Ia menjelaskan kisah Yusuf secara terperinci seperti yang disebutkan dalam Al-Quran.

Buku ini menyebutkan bagaimana Allah SWT mengatur semua perjalanan hidup Yusuf hingga akhirnya beliau mendapat anugerah agung daripada Allah SWT berupa darjat kenabian dan mendapat kerajaan. Sebelum Yusuf mendapatkan anugerah agung itu, dia mengalami berbagai cubaan dan musibah. Ia bermula daripada rencana jahat dirancang oleh para saudara yang iri hati dan hasad dengki akan kasih sayang yang diberikan ayah mereka kepada Yusuf. Hasil daripada rancangan jahat para saudara tersebut, Yusuf terpisah dan berada jauh daripada sang ayah. Beliau ditemukan oleh kafilah peniaga di sebuah dasar seumur, lalu beliau dijual di pasar hamba sahaya di negeri Mesir.

Weight 0.57 kg
Dimensions 7 × 9 in