Nabi Khidir A.S. Super Misteri

RM15.00

Pengarang : Khalifi Elyas Bahar

Alih Bahasa: Nurul Hanim Abdullah

Disemak oleh : Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 219

Availability: In stock

SKU: 9789670267531 Categories: ,

Nabi Khidir memang tidak sepopular nabi-nabi Allah yang lain. Meskipun begitu, kemunculannya tidak perlu kita ragui lagi kerana tercatat di dalam Surah al-Kahfi ayat 65-68. Walaupun hanya sedikit namun itu telah cukup menggambarkan keluasan ilmu yang dimilikinya, yang bahkan tidak boleh ditandingi oleh manusia setaraf Nabi Musa A.S.

Kontroversi mulai muncul ketika persoalan terlontar, adakah Nabi Khidir masih hidup atau sudah meninggal dunia? Bagaimana pula dengan keilmuan, kenabian, kewalian dan perkara-perkara lain berkenaan dirinya?

Buku di tangan anda ini mengungkapkan siapakah Nabi Khidir yang selama ini masih menjadi misteri. Buku ini mengajak kita untuk melakukan refleksi tentang peribadi Nabi Khidir, menyingkap sedikit demi sedikit segala selubung misteri yang menyelimutinya, memecahkan bahagian-bahagian rasa ingin tahu kita, yang tidak kunjung terjawab.

Ini membuatkan anda rindu untuk bertemu dengan Nabi Khidir, memberi motivasi untuk menyelami peribadi Nabi Khidir dengan lebih mendalam. Selamat menyelami dan membelah semua misteri tentang peribadi Nabi Khidir.

Riwayat Nabi Khidir

Keistimewaan-Keistimewaan Nabi Khidir

Misteri Mati Dan Hidupnya Nabi Khidir

Riwayat Pertemuan Nabi Khidir Dan Nabi Musa

Kearifan-Kearifan Nabi Khidir

Kisah-Kisah Mereka Yang Bertemu Dengan Nabi Khidir

Kisah Abu Mahjan Dan Nabi Khidir

Perjalanan Iskandar Zulkarnain Dengan Nabi Khidir

Nabi Khidir Pernah Mengunjungi Baitul Haram

Nabi Khidir Dengan Seorang Lelaki Yang Terbang Bersama Awan

Nabi Khidir Dan Berita Penangkapan Seorang Lelaki

Nabi Khidir Datang Bertakziah Kepada Keluarga Rasulullah S.A.W

Amalan Yang Paling Disukai Oleh Allah S.W.T

Pertemuan Nabi Khidir Dengan Nabi Ilyas

Weight 0.34 kg
Dimensions 5.75 × 8.5 in