Muhammad SAW Rahmat Bagi Sekalian Alam

RM20.00

Penulis: Dr. H. Briliantono M. Soenarwo/ KH. Muhammad Rusli Amin

Alih Bahasa: Nabilah Abd. Jalil

Disemak Oleh: Panel Editor Alhidayah

Muka Surat: 359

Availability: In stock

SKU: 9789674393540 Categories: , ,

Seperti yang kita imani dan ketahui, Nabi Muhammad SAW adalah penutup bagi semua nabi dan rasul. Baginda SAW, juga adalah rasul yang diutuskan untuk seluruh umat manusia akhir zaman. Terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan daripada sumber-sumber yang benar dan sahih telah merakamkan tentang riwayat kehidupan Nabi Muhammad SAW sejak dari sebelum kelahiran hinggalah ke akhir hayat baginda. Apa yang kita temui di dalam riwayat kehidupan Nabi SAW ini adalah berkenaan sebagaimana sempurnanya sosok kekasih Allah ini.

Nabi Muhammad ini adalah ‘Role Model’ atau ‘Suri Teladan/Contoh Teladan’ yang sepatutnya kita agung-agungkan. Dari pelbagai sudut kehidupannya begitu sempurna dengan bimbingan dan peliharaan Allah SWT. Ruang lingkup perbicaraan inilah yang dibahaskan di dalam buku ini. Dihuraikan secara tersusun bagi memudahkan kita memahami dan menyelusuri bagaimanakah gaya hidup yang sihat dari sudut zahir dan batin, jasmani dan rohani, dunia dan akhirat seorang insan yang istimewa dan sentiasa dirindu oleh umatnya yang dikasihi Allah SWT.

Moga-moga buku ini boleh kita jadikan sebagai buku panduan untuk kita menjalani kehidupan seharian berlandakan sunnah-sunnah Nabi SAW. Selain itu, ia menjadi suatu dorongan dan motivasi bagi kita untuk menambahkan serta mengukuhkan keimanan kita.

Weight 0.36 kg
Dimensions 5.5 × 8 in