Merawat Penyakit Dengan Ramuan Tumbuhan

RM15.00

Pengarang: Puan Amina Haji Noor

Muka Surat: 110

Availability: In stock

SKU: 9789832672012 Categories: ,

Usaha untuk merawat penyakit dengan ramuan tumbuh-tumbuhan merupakan kombinasi antara perubatan moden yang digali dari hasil kajian sumber alam. Melalui pengalaman dan kajian yang dilakukan menemukan kaedah atau formula yang dapat membantu menyembuhkan berbagai penyakit yang dideritai oleh individu. Akhirnya usaha untuk memperkenalkannya kepada orang lain menjadi petua yang mujarab.

Petua rawatan penyakit dengan tumbuh-tumbuhan ini merupakan petunjuk serta panduan berguna yang diwariskan oleh orang tua kepada generasi sesudahnya. Petua juga merupakan kajian dan pengalaman seseorang dan pendekatan yang digunakan paling ringan dan mudah dalam menyelesaikan masalah. Bahan yang digunakan dalam ramuan ubatan ini dapat diambil dari persekitaran tanpa memerlukan belanja yang banyak.

Semoga buku ini dapat memberikan sumbangan pengetahuan dan warisan masa silam kepada para pembaca dalam menyelesaikan dan merawat berbagai penyakit. Insya Allah.

Weight 0.15 kg
Dimensions 5.5 × 8 in