Seorang suami sudah semesti mengimpikan untuk dapat hidup bersama isteri dan anak-anaknya baik di dunia mahupun di akhirat. Namun jalan untuk mencapai semua itu bukanlah mudah tetapi tidak juga sukar. Banyak perkara yang mesti dipersiapkan dan dilakukan. Patuh kepada perintah dan larangan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W merupakan salah satu daripada tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang lelaki bergelar suami. Bukan sahaja diri sendiri sahaja patuh dan taat kepada perintah dan larangan Allah tetapi seluruh ahli keluarga untuk melakukannya.
Tanggungjawab seorang suami adalah melindungi dan menjaga isteri dan anak-anak sama ada di dunia ataupun daripada mendapat balasan di akhirat kelak. Tanpa persiapan dan ilmu kekeluargaan yang lengkap adalah sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Untuk itu, buku memberikan panduan dan tip berguna untuk para suami menyiapkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan mewujudkan impian ke syurga bersama isteri.
Semoga setiap perkongsian dan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, boleh kita jadi panduan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Di samping itu akan terus memberikan motivasi kepada diri sendiri serta keluarga untuk meraih cinta dan redha daripada Allah S.W.T.