Menjadi Manusia Paling Produktif

RM16.00

Pengarang : Dr. Sayyid Abdul Hamid Mursi

Diterjamah Oleh : Abu Amal Ghavar M.A.

Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat : 259

Availability: In stock

SKU: 9789675274176 Categories: ,

Islam sangat menggalakkan kita untuk bekerja. Pekerjaan manusia adalah tugasan akal dan fizikal. apabila manusia tidak bekerja maka mereka tidak dapat memenuhi tugas hidupnya.

Manusia mesti menggunakan akalnya untuk berfikir dan menjadikan pemikiran itu sebagai pedoman dalam kehidupan. sehingga tidak dapat dikalahkan oleh hawa nafsu mereka sendiri. Pemikiran yang negative dapat mengakibatkan kerugian bagi dirinya dan orang lain. Bekerja merupakan tugas manusia dalam hidup, namun pada kenyataannya manusia tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya, bahkan ramai yang menjadikan pekerjaan setakat sebagai kegemaran sahaja.

Pekerjaan merupakan cara untuk memperoleh rezeki dan sumber penghidupan yang layak. Dapat juga dikatakan, bahawa bekerja adalah satu kewajipan dalam kehidupan. Manusia hidup memiliki tujuan. Mereka hidup bukan setakat untuk boleh hidup sahaja dan bukan pula setakat boleh menjaga maruah diri mereka. Tujuan hidup manusia adalah untuk perjuangan dan perlawanan. Perjuangan di jalan kebenaran dan perlawanan terhadap apa-apa yang dapat melemahkan kebenaran dan memperkuat kebatilan. Misi kebenaran adalah misi kebaikan, misi perkongsian yang bernilai dalam kehidupan dan juga misi kasih sayang sesama manusia. Jadi melaksanakan misi ini merupakan usaha untuk mencapai tujuan manusia dalam hidupnya.

Islam menjadikan bekerja adalah sebagai hak dan kewajipan individu. Rasulullah s.a.w. menggalakkan agar kita bekerja dengan sebaik-baiknya. Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita berlaku adil dalam menentukan gaji pekerja dan diberikan tepat pada masanya. Landasan utama yang diletakkan Islam dalam mengatur perolehan penghidupan manusia adalah dengan bekerja secara maksimum.

Weight 0.28 kg
Dimensions 5 × 7.75 in