Menilai Tarikat Al-Tijaniyah

RM25.00

Pengarang : Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi

Penterjemah : Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr. Mohd. Safri bin Ali

Disemak oleh : Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat: 352

Availability: In stock

SKU: 9789674390013 Categories: ,

Ilmu Tasawwuf merupakan antara ilmu yang perlu dituntut oleh setiap muslim yang mukallaf. Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan jiwa terutamanya hati, kerana hati merupakan raja kepada dalam kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan tasawwuf adalah berkenaan ihsan dan menggalakkan manusia untuk beribadah kepada Allah dengan lengkap dan sempurna. Ini akan membersihkan hati daripada kerosakan dan bencana yang memusnahkan seterus membenihkan perasaan kasih sayang, belas kasih dan rahmat sesama makhluk. Ini kerana orang yang paling bermanfaat dalam kalangan manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Iaitu orang yang tidak sombong, membangga diri, menyeleweng dan melakukan maksiat.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam adalah penyusupan masuk para penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencatatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini dapatkan kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Weight 0.42 kg
Dimensions 6 × 9 in