Masjid -Kemuliaan, Fadhilat dan Adab-adabnya

RM10.00

Availability: In stock

SKU: 9789673680757 Categories: ,

Umat Islam telah ditunjukkan malah juga diajar melalui sirah baginda Nabi S.A.W supaya memahami pengertian “Tempat Sujud/Masjid” dari skop dan rangka yang lebih luas dan besar. Dalam erti kata yang sebenar masjid mesti didefinisikan sebagai pusat kegiatan umat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Atau juga boleh dikenali sebagai pusat pembinaan insan.

Amat jelas pengertian masjid sebagai tempat sujud dapat difahami dengan pandangan yang lebih mendalam dan luas. Sujud bukan hanya dari konteks ibadah khusus sahaja tetapi merangkumi semua jenis aktiviti yang membawa umat Islam agar mentaati dan patuh kepada Allah Azza wa Jalla. Contohnya akitviti seni yang tidak bercanggah dengan syariat dan aktiviti sukan yang yang menjaga batasan lslani juga dianggap sebagai sujud dan patuh dengan arahan dan suruhan Allah. Anjakan paradigm amat perlu bagi mengubah persepsi sempit dan jumud mengenai definisi dan fungsi masjid.

Buku ini membicarakan apa yang sepatutnya difahami mengenai masjid, antara fungsi, kemuliaan, fadilat serta adab-adabnya. Semoga dengan kefahaman tersebut masjid tidak lagi kenali sebagai tempat yang penuh misteri yang hanya terhad untuk satu-satu ibadah sahaja. Apa diharapkan agar masjid akan menjadi lebih mesra komuniti dan mesra aktiviti bagi masyarakat setempat.

Weight 0.265 kg
Dimensions 4 × 6 in