Manfaat Seks bagi Kesihatan

RM10.00

Pengarang : Ibnu Khalis

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Di semak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 144

Availability: In stock

SKU: 9789670268163 Categories: ,

Ada segelintir masyarakat yang menganggap bicara tentang seks, malah perkataan seks itu sendiri adalah satu perbincangan yang memalukan. Malah ada yang menganggap ia adalah ‘taboo’ atau pantang dibicarakan. Namun dalam Islam sebenarnya ada tahap-tahap pendidikan dan penerangan seks secara langsung dan tidak langsung. Bermula dari mengenali diri dan kebersihan diri sama ada dari sudut rohani dan jasmani. Pentingnya pendidikan seks dalam Islam adalah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke lembah dosa dan maksiat angkara nafsu dan pujukan syaitan.

Kenapa buku ini bertajuk ‘Manfaat Seks Bagi Kesihatan‘? Jawapannya adalah kerana setiap manusia diciptakan itu, ada nafsu syahwat dan seks. Dalam Islam dan Al-Quran telah menggariskan panduan bagaimana untuk memandu nafsu ini dengan iman dan akal yang sihat. Di sinilah pentingnya pembinaan institusi perkahwinan dan keluarga. Segelintir masyarakat agak keberatan apabila topik tentang seks ini diutarakan. Bagi mereka ini adalah cerita dalam ‘kelambu’ yang tidak boleh dikongsikan. Sebenarnya ada yang kita boleh kongsikan khususnya yang memberi manfaat dari sudut agama, kesihatan dan kemasyarakatan.

Buku ini mengulaskan tentang manfaat seks bagi kesihatan. Tetapi asasnya adalah berpaksikan kepada syariat Islam. Ditekankan bahawa hubungan tanpa ikatan yang sah atau pernikahan dan juga hubungan semasa jenis adalah amat buruk akibatnya bukan sahaja dari sudut agama dan moral malah ia juga mendatangkan akibat yang sangat-sangat buruk kepada kesihatan dan sosial. Bagi pasangan yang sudah atau bakal berumah tangga digalakkan mentelaah buku yang amat berinformasi ini. Selamat membaca, semoga anda dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa diberkati Allah.

Weight 0.21 kg
Dimensions 6 × 8 in