Kupasan Mengenai Ayat-Ayat & Hadis Sifat, Wali, Menziarahi Kubur & Tawassul oleh Al-Qardhawi

RM18.00

Pengarang : Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Disemak Oleh: Ustazah Nor Syahida Ahmad

Muka Surat : 338

Availability: In stock

SKU: 9789673680818 Categories: ,

Buku” Kupasan Mengenai Ayat-Ayat dan Hadis Sifat,Wali,Menziarahi Kubur dan Tawassul Oleh Al-Qardhawi ” merupakan sebuah buku yang lengkap dalam membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat Islam dari dahulu sehingga sekarang.

la merangkumi masalah-masalah yang sering dibahaskan oleh ulama-ulama dalam memberikan penjelasan dan gambaran yang sebenar terhadap perkara-perkara yang menjadi pertikaian antara ulama salaf dan khalaf mengenai ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mengandungi perbuatan dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Allah s.w.t. Permasalahan wall serta isu karamah yang biasanya dikaitkan dengan mereka, hukum menziarahi kubur antara yang diharuskan serta diharamkan dan juga masalah yang berlaku serta salahfaham masyarakat tentang isu tawassul yang dibenarkan oleh Islam.

Buku ini juga padat dengan penjelasan yang dikemukakan oleh alim ulama terkenal Syeikh al-Qardhawi dengan mengambil kira pendapat-pendapat daripada ulama-ulama yang muktabar sama ada daripada mazhab salaf dan khalaf seiring dengan peredaran zaman yang sentiasa berubah dari dahulu sehingga sekarang. Bersandarkan kepada hujah dalil nakli daripada al-Quran dan al-Sunnah serta dalil-dalil akli daripada ulama-ulama terkenal.

Semoga dengan kehadiran buku ini di khalayak pembaca, dapat memperbetulkan salahfaham dan kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Islam terutamanya di kalangan prang awam tentang masalah-masalah yang dibincangkan di atas serta dapat mengelakkan mereka daripada tergelincir ke arah syirik kepada Allah s.w.t.

Weight 0.45 kg
Dimensions 6 × 8 in