Anak-anak adalah cahaya mata bagi sesebuah keluarga. Malah lebih dari itu mereka bakal pemimpin terhadap dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Betul cara mendidiknya maka baiklah nanti diusia remaja dan dewasanya. Jika tidak betul mendidiknya maka rosaklah nanti diusia remaja dan dewasanya.
Sebagai ibu bapa yang amat menyayangi mereka pastikan amanah Allah ini tidak disia-siakan. Sebab itu Nabi s.a.w. mengajar kita sebelum berkahwin lagi segala adab dan etika untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan buku ini dapat menunjuki kita kepada pendidikan awal terhadap anak-anak yang baru lahir. Khususnya cara menyambutnya dan memberi nama-nama yang baik dan disukai Allah s.w.t.
Keperibadian yang kita tauladani, melalui Nabi s.a.w. terhadap anak-anak itu akan menjadi bekalan kepada anakanak yang akan menggembirakan hidup ibu bapanya di dunia dan di akhirat.