Kisah Inspirasi Orang Yang Melakukan Puasa Nabi Daud A.S.

RM10.00

Pengarang : Salman Rusydie Anwar

Alih Bahasa: Suhaila Jabbar

disemak Oleh: Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 144

Availability: In stock

SKU: 9789670267241 Categories: , ,

“Puasa yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah puasa Daud A.S dan solat yang paling di sukai Allah SWT adalah solat Nabi Daud A.S. Beliau biasanya tidur di pertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Dan beliau biasanya berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

Kenapa puasa Nabi Daud A.S paling disukai Allah SWT sudah tentu mempunyai banyak keistimewaannya. Dan buku ini amat menarik dan penuh inspirasi menghimpunkan kisah-kisah mereka yang mengamalkan puasa Daud yang berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku dikutip dari pelbagai sumber. Dengan lenggok bahasa yang mudah, pembaca akan dapat menghayati kandungan lautan hikmah yang dibentangkan. Kisah-kisah ini mampu menggetarkan semangat anda.

Benar, sungguh banyak sekali keajaiban yang diraih oleh para pengamal puasa Daud. Secara rasional dan dari sudut perubatan sains puasa adalah cara untuk awet muda, menyembuhkan berbagai penyakit dan banyak lagi. Dan lebih dari itu keajaiban-keajaiban lain yang tidak mampu kita fikirkan secara logik seperti peristiwa yang tidak kita sangka tetapi benar-benar berlaku.

Weight 0.18 kg
Dimensions 5.5 × 8 in