Khusyuk Dalam Solat

RM12.00

Availability: In stock

SKU: 9789675274817 Categories: ,

Solat merupakan tiang agama. Solat yang khusyuk akan membina tiang yang kuat dan utuh. Manakala khusyuk itu pula sebahagian daripada iman. Setiap kali keimanan seseorang bertambah maka akan bertambahlah kekhusyukan dalam solat serta ibadahnya. Kemanisan ibadah seperti solat, zikir, membaca al-Quran akan dapat dinikmati sepenuhnya jika dilakukan dengan khusyuk.

Kemanisan dan nikmat ibadah itu akan memancarkan aura kecemerlangan melalui peribadi dan tingkah laku seseorang. Dengan solat yang khusyuk kita boleh mencapai ketenangan jiwa, maka dengan itu sinar kejayaan dan kecemerlangan akan sentiasa menyinari kehidupan kita. Ini menyuburkan lagi benih-benih keimanan dan ketakwaan dalam jiwa mereka yang khusyuk dalam solatnya.

Weight 0.15 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in