Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim A.S. dalam Sunnah Nabi S.A.W.

RM14.00

Pengarang : Abdullah Al-Qari B.Hj.Salleh

Muka Surat: 184

Availability: In stock

SKU: 9789673681327 Categories: ,

Selain nama Nabi Muhammad S.A.W nama Nabi Ibrahim juga tidak pernah lekang disebut oleh umat Islam seluruh dunia. Di dalam solat lima waktu sehari semalam nama Nabi Ibrahim ini kita sebut di dalam bacaan tahiyat akhir. Selain itu juga dalam ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha juga dikaitkan dengan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Malah bangunan Kaabah di Masjidil Haram juga dibina oleh baginda dan anaknya. Begitu juga dengan sejarah pembukaan Makkah yang berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Islam adalah agama yang paling sempurna, lengkap, mulia dan tinggi. Asasnya telah dibina oleh Nabi Ibrahim dengan ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah. Daripada asas ini diikuti dengan ibadah, amalan soleh dan akhlak terpuji sebagai perhiasan dan pakaian hidup. Asas ajaran tauhid ini diteruskan oleh Nabi Lut, Nabi Ismail, Nabi Yaaqub, Nabi Yusuf, Nabi Syuaib, Nabi Isa dan akhirnya diteruskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Buku ini menghidangkan rentetan kisah-kisah Nabi Ibrahim, pesanan, amalan dan doa-doanya yang amat berguna untuk kita dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Weight 0.19 kg
Dimensions 5.5 × 8 in