Kesalahan Semasa Mendirikan Solat Jil 2

RM18.00

Availability: In stock

SKU: 9789673680726 Categories: ,

Solat merupakan tiang agama Islam. la juga adalah amalan yang mula-mula sekali dihisab di hadapan Allah S.W.T. Solat yang berkualiti adalah solat yang dilaksanakan mengikut apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah S.A.W dan diamalkan oleh para sahabat serta pengikutnya. Namun dalam melakukan ibadah yang agung ini, banyak perkara yang telah dilakukan tanpa berlandaskan dalil yang sahih. Secara tidak langsung perbuatan sedemikian dikira kesalahan yang mungkin menyebabkan pelakunya berdosa dan mencacatkan ataupun membatalkan ibadah solat Itu sendiri.

Buku ini menghuraikan kepada kita antara perbuatan dan pelakuan serta tanggapan yang salah sekitar perihal pelaksanaan solat. Untuk menguatkan lagi hujah dan ilmu yang diketengahkan di dalam buku ini penulis telah menyertakan bersama dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Amat penting bagi, kita umat Islam untuk mendapatkan ilmu berkenaan solat. Kerana solat itu adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan setiap hari. Begitu juga dalam persoalan menjaga kualiti solat, la adalah satu kewajipan kepada setiap individu muslim.

Oleh yang demikian, carilah ilmu dan panduan tenting solat, moga solat kita sempurna dan diterima oleh Allah S.W.T. Buku ini adalah diantara buku yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam meningkatkan ilmu kita tentang solat.

Weight 0.23 kg
Dimensions 5.5 × 8 in