Keajaiban Keramat Tok Wali

RM14.00

Pengarang : Abu Mazaya Al Hafiz, Abu Izzat Al-Sahafi

Muka Surat : 273

Availability: In stock

SKU: 9789830997452 Categories: ,

Keajaiban Keramat Tok Wali dikhaskan bagi membentangkan mengenai perbincangan-perbincangan Sufi, rahsia doa, hikmah tabarruk dan hal-ehwal bid’ah. Buku ini juga menyoroti tajamnya perbezaan pendapat para takwil dan tafsir al-Qur’an menerusi pendekatan konvensional. Kajian ini dimulakan dengan pendahuluan ringkas yang memberikan gambaran umum mengenai teori makna (the theory of meaning) takwil dalam perspektif sejarah dengan pendekatan “Objektivisme” (maudlu’iyah) dan “Rasionaliti” (ma’quliyah). Turut disertakan referensi sebagai pertanggungan jawapan akademik penulisnya.

Perbincangan dalam bentuk visualisasi dailog antara Tok Wali dengan jemaahnya, merangkumi masalah-masalah amalan seharian yang sarat dan penuh dengan khilafiyyah. Tok Wali dalam tulisan ini, merupakan prototype insan berlatar belakang pendidikan pondok tradisional yang membedah kebekuan wacana atas fakta keagamaan dalam koridor “al-Muhafazah ala al-Qadim al-solih, wa alAkhd bi al-Jadid al-Ashlah” (Mengekalkan nilai-nilai klasik yang baik, dan mengambil nilai-nilai moden yang lebih bermanfaat).

Serban disifatkan sangat signifikan bagi seorang cendikiawan. Serban merupakan diakronisma komited dalam tradisi pemikiran. Pemikiran adalah “serban kecil” sedang komited sebagai “serban besar” dalam konteks komited sebagai prestigious keilmuan.

Kajian ini memberi kesan bahawa doktrin “Islam” yang biasanya bersifat “melangit”, dengan tanpa menafikan kesan kekudusannya berjaya “menduniawikan” Islam. Buku ini mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki buku-buku lain. Buku ini, disajikan kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang berhasrat berinteraksi dengan isu-isu aktual.

Weight 0.23 kg
Dimensions 5.5 × 8 in