Sale!

Jejak Rasul 1 – Rahsia Mekah

RM15.00 RM6.00

Penulis: ‘Atiq Bin Ghaits Al-Biladi

Muka Surat: 300

Availability: In stock

SKU: 9789830991740 Categories: ,

Mekah Al-Mukarramah adalah tempat yang dipilih Allah s.w.t. sebagai tempat bagi rumahnya. Oleh itu, Dia menyucikan dan menjadikannya tanah suci sebagai tempat aman damai, melipat gandakan amal kebajikan dan dikerjakan di sana, serta menjadikannya sebagai masjid dan pusat kiblat bagi muslimin di seluruh dunia.

Allah menjadikan semua ini, untuk kebaikan HambaNya dan melindungi darah semua makhluk yang berada didalamnya, hatta burung dan binatang melata sekalipun. Allah s.w.t. menganjurkan kepada hambaNya (orang-orang beriman) berhaji disana, paling tidak sekali seumur hidup.

Buku ini telah disusun khususnya bagi membincangkan bahagian utama, seperti yang berikut:

  1. Tentang kelebihan dan keutamaan ibadah tanah suci Mekah, misalnya: Keutamaan Kaabah, makam Ibrahim, Rukun (Hajar Aswad) dan lain-lain.
  2. Tentang kelebihan dan keutamaan ibadah Zamaniyah yang memiliki waktu tertentu umpamanya solat, haji, umrah dan sebagainya.
  3. Tentang kemuliaan Tanah Suci umpamanya: Diharamkan berperang di Mekah, membunuh binatang buruan dan lain-lain.
Weight 0.16 kg
Dimensions 6 × 8 in