Mereka mengatakan bahawa kita sekarang hidup di era ketakutan, kekhuatiran dan kesedihan. Era sakit mental yang telah pun menyebarluas untuk merosakkan kehidupan manusia. Zaman yang dipenuhi kegelisahan, ketakutan dan tekanan jiwa. Era bencana alam, musibah dan wabah penyakit yang membuat para doktor kebingungan menemukan ubatnya. Zaman ketegangan, kekacauan dan tekanan dengan pelbagai macam bentuk dan ragamnya.
Kebahagiaan bagi mereka adalah harta yang berlimpah. Jika tidak memilikinya, seseorang akan hidup menderita. Kebahagiaan menurut mereka adalah berfoya-foya dengan kenikmatan dan bergelimang dengan syahwat. Jika tidak, orang itu akan hidup sengsara. Kebahagiaan bagi mereka adalah bertemasya dan rekreasi, hiburan dan permainan. berfoya-foya dan bersenang lenang. Jika tidak, hidup orang itu pasti menderita.
Buku ini adalah teman bagi setiap orang yang bersedih lantaran ditimpa musibah dan duka cita. la harapan bagi setiap orang yang berputus asa untuk meraih hidup bahagia dan tenteram. Ia doktor bagi seseorang yang sakit hati dan kecewa serta jiwanya bergelimang dalam lautan pilu dan murung. Ia hiburan bagi setiap orang yang murung kerana ditinggalkan oleh kekasih, kehilangan harta, jawatan atau kesihatan.