Intipati Pegangan & Kepercayaan Ahlus As-Sunnah Wa Al-Jamaa’ah

RM5.50

Pengarang : Abdullah Al-Qari B. Hj.Salleh (A.Q.HA.S)

Muka Surat: 60

Availability: In stock

SKU: 9789830997353 Categories: ,

Tanpa Rasul dan wahyu, manusia pasti tidak dapat mengenal Allah Subhaanahu Wa Ta’aala dengan sebenar-benar pengenalan yang membuahkan hasil, amalan dan zikir serta jihad dalam semua aspeknya.

Orang-orang yang beriman atau percaya kepada Allah, adalah menerima Allah sebagai Tuhan Maha Pencipta, Maha Mentadbir, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar dan lain-lain sifat kesempurnaan adalah sesudah mereka membaca atau mendengar Ayat-ayat Suci menerusi lidah Rasul, Utusan Allah dan juga sabda PesuruhNya Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang dikenali dengan Hadith Shahih.

Seseoran Islam, walau bagaimana pun bijak dan cerdas akalnya, mereka tidaklah dapat mencapai Alam Ghaib, apalagi untuk mengenal Allah S.W.T. dan sebarang usaha untuk mengkaji Dzat (Diri) Allah S.W.T. adalah tetap menemui kegagalan dan jalan buntu, malah dia akan membiasakan pemikiran dan kehidupan manusia sendiri.

Dari segi ‘aqidah, para ‘ulama’ dan ilmuwan Islam telah menkaji sehalus-halusnya akan kandungan Kitab Suci Al-Qur’an yang menjadi sumber utama yang diyakini, juga Al-Hdith atau As-Sunnah yang sahih, juga kefahaman para Sahabat yang memberi pergertian kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Weight 0.315 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in