Indahnya Cinta H/C

RM36.00

Pengarang : Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Penterjemah : Hamzah Bin Raden Anwar

Penyunting/Editor : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop

Muka Surat: 302

Availability: In stock

SKU: 9789830998275 Categories: ,

Cinta ibarat pisau bermata dua. Ia boleh mendatangkan keindahan dan pada masa yang bersamaan, boleh mendatangkan padah dalam kehidupan. Cinta sejati sememangnya membawa kedamaian dan ketenangan bagi kehidupan umat manusia selagi difahami dan diamalkan mengikut aturan betul. Tanpa cinta, umat manusia pastinya hidup dalam kegersangan dan kehampaan. Sebaliknya, apabila cinta disalahertikan pasti membawa malapetaka bagi hidup manusia.

Islam sebagai agama yang syumul turut mendefinisikan cinta sedemikian indah untuk dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan. Malah difahamkan bahawa seseorang yang kalis cinta tidak akan masuk syurga. Ini kerana munculya perbalahan dan perselisihan adalah disebabkan kegersangan cinta dalam diri seseorang itu.

Apakah makna cinta yang sebenar dalam Islam? Sejauh manakah kebenaran cinta dapat menenteramkan jiwa umat manusia hingga membara mereka masuk ke dalam syurga? Apakah batasan-batasan cinta dalam Islam? Inilah perbahasan yang dikupas dengan terperinci dalam buku ini. Selamat membaca…

Weight 0.29 kg
Dimensions 7 × 9 in